Langkau ke kandungan utama

Nycotophilia (Ayeshah Amani)

 

     


 REVIEW NOVEL| Nyctophilia "Drowning in the dark" KARYA AYESHAH AMANI.

 (408 Pages)

17.08.21M/08.01.1443H

            Assalamualaikum dear, apa khabar? Harap berada dalam keadaan sihat dan redha Allah subhana allah taala. Kali ini, saya akan reviews sebuah novel bertajuk  Nyctophilia karya Ayeshah Amani. Terbelit lidah juga nak disebut tajuk novel dan berkali kali juga belek fon untuk melihat ejaan novel hehehe.

     Novel ini merupakan  gabungan diantara Elvroseth dan Sai Ambrose bagi kombo BEAUTIFUL CRIME. Hanya dikeluarkan melalui ebook yang dijual di SHOPEE. Dibawah adalah link penjual yang menjual pelbagai enovel. Kali  pertama juga saya membeli dengan sis cantik ini. 

https://shopee.com.my/product/83502856/6691773787?smtt=0.25750915-1629171047.3

Terus kepada penilaian bagi cover page novel begitu WOW look dark and crime, rantai besi yang mempunyai simbol pengikat belenggu pada watak-watak utama, iaitu Khen yang masih tenggelam dengan dendam terhadap ayahnya dan bergelumang dengan darah mengikuti atuknya. Bagi Keen membunuh merupakan hal yang biasa baginya.

Sedikit cupikan:





Begitu juga Anggun, seorang gadis kampung yang mempunyai masa silam semasa kecil. Hidup berseorangan di rumah peninggalan ibubapanya. Satu peristiwa yang merangut ibu bapa dan penglihatanya.

Pengolahan watak , tempat bagi saya sederhana menarik . Kerana jalan cerita yang klise bagi watak penjahat. Namun masih ada rencah emosi romantik, sedih dimainkan oleh penulis  yang dapat diterokai oleh pembaca dalam novel. Yang menariknya, walaupun agak  klise, penulis dapat memberi kejutan kepada pembaca mengenai kisah silan diantara Anggun dan Keen.

SINOPSIS NYCTOPHILIA

Penulis : Ayeshah Amani

 

 

“Everyone is a moon and has a dark side which he never shows to anybody.” – Mark Twain

 

Khen Thanawat.

Seorang pewaris ahli kongsi gelap Dragon di Chiang Mai, Thailand.Tidak perlu bercakap banyak. Jika terdapat perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya, ia perlu diselesaikan dengan darah. Membunuh, itu adalah pekerjaannya. Sehari tidak menghirup bau darah, dia mungkin akan jadi sasau.

 

Ratna Anggun.

Seorang gadis kampung biasa di salah satu perkampungan di Kelantan. Seorang gadis yang buta penglihatan tetapi celik hatinya. Hidup yatim piatu seorang diri. Seluruh penduduk kampung amat membencikan dirinya dan menggelarkannya sebagai ‘pembawa sial’ kerana dirinya dimomokkan sebagai pembunuh kepada orang tuanya sendiri.

 

Satu insiden yang berlaku membuatkan Khen terpaksa ‘menyusup masuk’ ke Malaysia untuk mencari seseorang. Namun, takdir membawa dua jiwa ini bertamu dalam situasi yang tidak dijangka.

 

“Aku nak tinggal dalam rumah ni. Aku tak nak ada sesiapa kecuali kau seorang.” – Khen

“Kahwini saya. Saya tak mahu memalukan nama agama saya sendiri disebabkan berkesedudukan dengan encik dalam rumah ni. Boleh encik lakukan?” – Anggun

 

Dua jiwa itu, ada sisi gelapnya. Jika Anggun berusaha untuk membebaskan diri dari belenggu hitam dalam hidup, Khen pula selesa menjadikan hitam sebagai layar kehidupannya. Ikatan mula termeterai antara dua jiwa. Cinta mula menghadirkan sinar dalam dua jiwa. Dalam hitam itu, kini terselit putihnya.

 

“I could not love you because my life was too dark. Perempuan naif dan lemah macam kau, tak sepatutnya bertemu dengan lelaki yang jahat dan kejam macam aku.” – Khen

“Take me into your darkness. I will take out the pain. Take it all away.” – Anggun

 

Panas tidak sampai ke petang. Dalam bahagia, ada duka. Begitu juga kehidupan mereka berdua. Khen mula diancam dengan pelbagai serangan apabila datuknya telah pun menghidu ikatan perkahwinan yang termaterai antara dia dan Anggun. Pelbagai cara yang digunakan Sukrit untuk memisahkan Khen dan Anggun.

 

“Wow, I was so excited to hear this from you. Isteri ya? Aku ingatkan kau anggap dia macam pelacur je.” – Sukrit

“Once you touch her, you’ll die, datuk.” – Khen

 

 

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOPIAH | FREE PATTERN

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم                           In the name of God, the merciful and compassionate.    Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad  “O Allah, send prayers Upon Muhammad s.a.w and Upon the family of Muhammad s.a.w”   CROCHET| FREE PATTERN KOPIAH BABY 17.00.21M\ 09.02(Safar)1443H Assalamualaikum kepada pembaca blog. Terima  kasih kerana melawat blog kecil saya. Diharapkan semua pembaca dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah swt.  Salah satu inspirasi dan pattern diambil melalui youtube kak mirah, moga pahala sentiasa mengalir padanya. Diharapkan ilmu ini tidak padam dari ingatan atas izin allah subhana alla taala. Tiada daya melainkan atas kudrat Allah yang maha memberi. kopiah pertama by rizkcraft. Bahan bahan Mc 5ply 5.00mm hook Needle eyes Stitcm marker Simbol asas mengait Dc, mr,incDc,slst. Langkah langkah Tapak newborn R1-mr,2ch dikira ...

SARUNG BOTOL AIR CORAK BUNGA

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم                            In the name of God, the merciful and compassionate .     Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad   “O Allah, send prayers Upon Muhammad s.a.w and Upon the family of Muhammad s.a.w”   CROCHET| FREE WRITTEN SARUNG BOTOL AIR 17.09.21M\ 09.02(Safar)1443H Assalamualaikum kepada pembaca blog. Terima  kasih kerana melawat blog kecil saya. Diharapkan semua pembaca dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. CORAK BUNGA    Sarung botol Alatan mengait: Benang mc 5ply Hook 5.00mm Alatan asas yang lain. Simbol mengait: Mr, dc, incdc, popcorn stitch, cluster 4dc stitch.   Tapak botol Bulat -mr, 2ch kira sebagai I dc, 11 dc , slst. (12sts) -2ch kira sebagai 1 dc, (incDc 12x), slst .(24 sts) -2ch kira sebagai 1 dc, incDc, (1dc, incDc 11x) , slst. (36 sts...

Belajar Sulam

   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم                            In the name of God, the merciful and compassionate .     Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad   “O Allah, send prayers Upon Muhammad s.a.w and Upon the family of Muhammad s.a.w”   BASIC EMBROIDERY|FLOWER 21.08.21M\ 12.01(Muharam)1443H Assalamualaikum kepada pembaca blog. Terima  kasih kerana melawat blog kecil saya. Diharapkan semua pembaca dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah swt.  Im soo soooooo happy cuz will share with u about sulam. Yeaaaa baru start belajar masa pkp musim vaksinasi. Tidak pernah belajar sulam. Im think that mempunyai jarum yang berbeza kerana melihat ada punch jarum, jarum melenkung sedikit.  Set Sulam DIY When it arrive jarum dia sama seperti jarum yang dingunakan pada jahitan tangan. Im so glad cuz can learn teknik teknik pelbagai jahitan...